Ahad, 14 April 2013

Sikap Berani

Sikap berani adalah sikap yang terpuji. Kita harus berani menegur perbuatan kawan kita yang salah. Kita juga harus berani melaporkan jika kita dibuli oleh orang lain. Apakah yang akan berlaku jika kawan kita melakukan kesalahan atau perbuatan yang tidak baik tetapi kita tidak menegur perbuatannya? Apakah yang akan berlaku jika kita dibuli tetapi berasa takut untuk melaporkan perkara itu?

Ahad, 31 Mac 2013

Khamis, 23 Februari 2012

Pertahanan Mutlak

Apakah itu pertahanan mutlak?
Mengapakah pertahanan itu penting di Singapura?

Tuliskan pendapat kamu mengenai pertahanan mutlak tidak kurang daripada 50 patah perkataan.

Khamis, 28 April 2011

Peristiwa Yang Menyeramkan

Murid-murid yang disayangi,

Tuliskan sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 120 patah perkataan berdasarkan tajuk yang diberikan. kamu boleh menulis tentang kejadian yang sebenar atau mimpi yang dialami.

Selamat menulis!

Selasa, 12 April 2011

Filem Kegemaran

Salam sejahtera semua. Kali ini kita akan bincangkan tentang filem kegemaran kamu. 1. Mengapa kamu menggemarinya? 2. Siapakah watak kegemaran kamu? Mengapa? Selamat mencuba! :)

Selasa, 15 Februari 2011

Pertahanan Mutlak

Nyatakan satu jenis pertahanan mutlak yang kamu tahu. Kemudian, jelaskan mengapa ia penting.

Selasa, 8 Februari 2011

Mengapakah Kita Perlu Menjaga Kebersihan Alam Sekitar?

Tuliskan beberapa sebab mengapa menjaga kebersihan alam sekitar itu penting. Apakah yang akan berlaku jika alam sekitar kita kotor? Apakah kebaikannya jika alam sekitar kita bersih?